Mannequin Challange
Assalamualaikum dan Salam sejahtera pembaca semua perasan tak kebanjiran video kaku ala kaku (freeze time) yang menjadi trend baru-baru ni? Ataupon video yang mempunyai #MannequinChallenge di timeline media sosial anda kan.
Mannequin Challange ini dijangkakan menjadi viral seperti Ice bucket Challange dan Running Man Challange.
Jom kita tengok sikit apa itu Mannequin Challange.
Mannequin bermaksud patung, atau patung-patung yang biasa berada id kedai jahit atau butik fasyen.
![]() |
| Contoh Mannequin |
Apa itu Mannequin Challange?
Satu trend media sosial yang melibatkan video. Ia merakam sejumlah orang berdiri secara statik tanpa ada pegerakan. Mereka juga melakonkan beberapa senario mengikut kretiviti mereka sendiri. Lakonan ini memberi kesan seolah-olah masa sedang berhenti. Video ini selalunya diupload di Facebook, Instagram dan twitter.
Pencetus Mennequin Challange?
Trend ini tercetus apabila seorang pengguna twitter berusername @pvrity__ (Blackie) mengupload satu video yang merakam seorang lelaki mengangkat kawan dia yang berlakon menjadi patung, kawan dia kaku seperti patung, menyebabkan nitezen retweet posting itu.
Di teruskan lagi oleh kumpulan rapper duo bernama Rae Sremmurd yang membuat cabaran ini di dalm satu video mereka. Video itu mendapat 47k retweet dan 61k likes kurang dari 24 jam pertama. Lagu mereka berjudul Black Beatles juga turut dijadikan lagu gandingan bagi trend ini.
Di teruskan lagi oleh kumpulan rapper duo bernama Rae Sremmurd yang membuat cabaran ini di dalm satu video mereka. Video itu mendapat 47k retweet dan 61k likes kurang dari 24 jam pertama. Lagu mereka berjudul Black Beatles juga turut dijadikan lagu gandingan bagi trend ini.
Seterusnya trend ini ditiru oleh budak sekolah dan kolej di USA dan mereka berlumba-lumba menghasilkan mannequin yang paling gempak mereka. Sehingga cabaran ini sampai ke orang ternama dan ahli sukan terkemuka seperti Michelle Obamca and the Clevland Cavalier, The New York Giant, The Dallas Cowboy, Hillary Clinton dan Bon Jovi
Apa sebab trend ini diwujudkan?
Tidak seperti Ice Bucket Challange yang memupuk kesedaran mengenai Motor Neurons Disease. Mannequin Challange tidak ada tujuan khusus. Challange ini menjadi viral kerana seanang nak menyertai dan sangat menyeronokkan. Yang pasti trend ini lebih mempunyai makna dari harlem shake.
